Semalam 130212 aku kuatkan diri aku menziarahi tempat kenangan aku dan dia. Kata hati ku mengatakan aku sudah mampu menghadapi segala kenangan itu. Namun ternyata ia adalah demi menunjukkan aku sudah okay. Haha semua adalah dusta. Aku masih menangis teresak-esak apabila kenangan itu muncul kembali. *rindunya by kat abang*
Tak baik untuk aku terus meratapi, apakan daya aku tetap meratapi akan pemergian dia. Sungguh tidak ku sangka dia sudah tiada. Pergi nya kau kali ini bukan untuk beberapa bulan or tahun tapi selama-lamanya dari hidup aku. Untuk kesekian kali aku masih mengingati janji kau untuk tidak akan meninggalkan aku dan tetap mencintai aku. *by tetap mencintai abg walaupun ada cinta baru dalam hidup by*
Ramai memberi kan aku kata-kata nasihat untuk terus kuatkan diri aku dan teruskan hidup aku seperti dulu. Menjadi aku yang ceria dan tersenyum kepada semua orang. Sering aku terfikir, ikhlaskah aku? Mampukah aku untuk memenuhi permintaan itu? *rindukan gurauan abg yang mampu buat by lupakan segala duka by sekelip mata*
Apa-apa pon, aku mengakui aku masih menangis. Tanpa dipaksa, aku akan terus mencintai dirinya seperti dulu kerana dia tetap yang terbaik dalam hidup aku. Izinkan aku untuk terus hidup dengan kenangan dia :')

2 01 people comments:
Salam syg.. tabahkan hati syg... kita sementara di sini kan.. anggap saja kita hanya sangat2 sementara...
terima kasih untuk ingatan :)
Post a Comment